This is a series of podcasts brought by Kawah Buku, an independent bookstore based at Bandar Baru Bangi, Malaysia. Borrowing the symbol and meaning represented by teh tarik, we would like to invite the public to listen to our special program of Teh Tarik Podcast which will feature an informal style of discussion, interview and chit-chatting on various topics and current issues as well as selected book reviews with our invited guest.
Faisal Tehrani mendeklamasikan puisi baharunya berjudul 'Kepala Yang Hilang di Gaza Berkata2 Kepada Si Penikam Belakang', yang dikarang untuk mengisahkan darihal penderitaan Palestin dan jiwa-jiwa yag terkorban akibat kedurjanaan Israel dan sekutu.
Masyarakat luar dilihatnya sering memugar idea-idea guru bangsa mereka. Kalau di India, Romila Thapar terus dibincangkan. Di Iran, Ali Shariati juga sama, berterusan dibincangkan. Kenzaburō Ōe di Jepun berterusan diangkat. Dan Indonesia juga sama. Maka, Siri Syarahan Guru Bangsa membawa semangat yang sama. Ikuti temu bual Bersama Faisal Tehrani mengenai hala tuju dan tujuan utama penganjuran kuliah kolektif ini.
Dalam Bahagian I, yang meracik "Permasalahan Nasionalisme Irredentis", suatu pendekatan teoritis dan konsepsual dikutip melalui analisis sosiologi-sejarah telah dibincangkan buat memahami kelahiran sebuah idea yang menjadi dasar, asas dan sumber kekuatan kepada penjajahan Israel ke atas tanah air Palestin. Idea tanpa gerakan tidak akan menjadi kenyataan. Gerakan tanpa idea hanya akan membawa kepada kebuntuan. Israel adala...
Israel-Palestin adalah sebuah tragedi kemanusiaan yang tak terselesai sehingga ke hari ini. Israel sebagai sebuah entiti politik menjadi "negara" pada tahun 1948 dalam suatu proses sejarah yang panjang, berliku dan penuh darah. Korban kepada kelahiran Israel adalah Palestin. Diberikan hanya sekadar status "negara pemerhati bukan anggota" oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 2012, perjuangan rakyat Palestin untuk...
Gerakan Reformasi selalu terlihat sebagai sebuah gerakan yang beridentitikan kepada sosok Anwar Ibrahim. Namun ia sewajarnya tidak berhenti di situ sahaja. Gerakan Reformasi adalah sebuah titik penting perubahan dalam lanskap sosio-politik negara ini. Gerakan Reformasi bukan hanya sebuah gerakan politik namun telah menjadi pemangkin kepada pembentukan aktif tenaga-tenaga sosial baharu seperti organisasi masyarakat sivil dan perkump...
Abdullah Munshi tidak ternafi adalah seorang sosok cendekiawan bangsa. Namun polemik seputarnya sentiasa ada. Terbaharu, Abdullah Munshi digelar sebagai khadam penjajah oleh seorang tokoh politik Malaysia. Persoalannya, apakah perspektif yang tepat untuk kita mengerti, siapakah Abdullah Munshi yang sebenarnya? Khadam penjajah atau guru bangsa? Dalam syarahan ini, Dr. Faizal Musa (Faisal Tehrani) merincikan kesosokan Abdullah Munshi...
Dalam episod ini, Azan Safar menemubual Syed Husin Ali, penyusun dan penulis buku baharu terbitan Pusat Sejarah Rakyat yang berjudul Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat. Menerusi buku ini, dihimpunkan 28 orang tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia meliputi segenap dimensi masyarakat, yang kebanyakan mereka adalah di luar kerangka sosok pejuang yang arus perdana.
Ilmu Mandiri tidak tergagas untuk berhadapan satu-satunya eurosentrisme, tetapi juga melawan dan membebaskan segala bentuk orientasi kekuasaan yang memasung alam fikir masyarakat di negara jajahan. Selain teori, metodologi ilmu yang berteraskan kaedah ilmiah semata juga telah mengucilkan tradisi intelektual peribumi yang lebih luas. Pengiktirafan yang selalu ditagih dari Barat menambahkan krisis keilmuan dalam ranah ini. Ilmu Mandi...
Eurosentrisme yang menggarisbawahi sistem pendidikan bekas negara jajahan memberikan dampak manipulatif dalam proses penghasilan ilmu di rantau ini. Eurosentrisme bukan sahaja telah 'mengetepikan' dan 'mendiamkan' gagasan keilmuan peribumi malah ia juga mengasingkan ahli cerdik pandai peribumi daripada tradisi intelektual mereka sendiri. Maka Ilmu Mandiri tampil sebagai sebuah gagasan untuk membereskan manipulasi da...
"Buku adalah wasilah," ujar Abang Rosli Ibrahim, dan dia mula membibit dalam sedu, kisah si ayahnya membawa pulang buku yang dikutip dari tong sampah untuk anaknya membaca. "Apa sahaja yang kau lalui, harus ada cinta kepada pengetahuan," ujarnya lagi, dan untuk Abang Rosli, ayahnya adalah intelektual sejati. Sosok ayahnya, saban seusai menarik beca, akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli buku dan akhbar untuk anak-anaknya m...
#PRNJohor melabuhkan tirai, dengan Barisan Nasional kembali ke tampuk kuasa pemerintahan yang membawa bersamanya lebih 2/3 bilangan kerusi DUN. Dalam siri #MeracikIsu kali ini, Koi, Azizi, dan Azan bersama-sama membuat sorotan dan menganalisa fenomena politik negara, masa depan politik Melayu, keberantakan etnik dan undi, dan persoalan-persoalan seputarnya. Analisa yang diperikan melalui sudut pandang sosiologikal menjadi landasan ...
Temasya #MenganyamNusa melabuh tirai dengan wawancara khas bersama Tun Dr. Mahathir pada 16 Sept. Untuk menutup, Azan Safar dan Teo Lee Ken, masing-masing mewakili Kawah Buku dan Institut Nyala—pekumpulan di belakang temasya ini, duduk bersama dan menyorot kembali keseluruhan temasya bermula dari perbincangan bersama kumpulan Orang Asli, seterusnya ingatan ratifikasi Perlembagaan Malaysia, dan tentang muzik, sastera, serta hal-hal ...
Sebahagian masyarakat Malaysia membenci Mahathir. Bagi mereka, Mahathir adalah punca segala yang salah dan silap pada Malaysia hari ini. Sebahagian lagi menyanjungi Mahathir. Bagi mereka, segala kemajuan infrastruktur, pembangunan dan kemodenan Malaysia pada hari ini adalah hasil buah tangan Mahathir. Sosok enigma yang tidak mudah untuk dikategorikan secara perduaan (binary). Hitam, putih, kelabu dan warna-warna lain tersulam di da...
Apakah pernyataan sikap yang sepatutnya kita ambil untuk meneruskan perjuangan meletakkan nama negara di persada antarabangsa ini? Apakah kita hanyalah mahu mengucapkan "merdeka, merdeka, merdeka" beberapa banyak kali sambil mengibarkan bendera Malaysia? Sepertimana kita melakukannya beberapa kali pada tahun-tahun sebelum ini? Sekadar mengulang sebelum-sebelum ini? Tanpa mengambil sikap menyatakan bahawa kita mesti mendapatka...
Kesedaran dan kepedulian masyarakat Malaysia dalam isu dan nasib OKU masih rendah. Kejadian terbaru di mana seorang atlet paralimpik Ukraine telah dikecam dengan dasyat oleh netizen Malaysia, termasuk hantaran-hantaran berupa penghinaan dan makian yang mempermainkan fizikal dan kecacatan atlet tersebut mencerminkan betapa runcingnya tahap pemikiran serta nilai masyarakat Malaysia dalam mendepani isu-isu OKU. Justeru itu persoalanny...
Muzik dan lagu tidak hanya berfungsi sebagai hiburan semata-mata. Bermula mungkin sebagai suatu persembahan buat entiti metafizik yang dianggap sebagai maha kuasa samada dalam bentuk tuhan, dewa, makhluk ghaib atau semangat yang dipercayai oleh sesuatu komuniti itu, kini menerusi proses pemodenan masyarakat, muzik dan lagu juga telah menjadi sumber peluahan ekspresi diri individu, bahan komoditi perdagangan dan perniagaan, produk p...
Perlembagaan merupakan undang-undang asas dan sumber tertinggi perundangan bagi sesebuah negara moden. Perlembagaan menyediakan corak kerajaan dan perincian kepada pengagihan kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan had-had kerajaan ke atas yang ditadbir. Undang-undang asas ini yang ada dalam kebanyakan negara telah berkembang melalui proses sejarah yang panjang dan boleh dijejaki ke masa silam. Pada zaman moden perlembagaan adalah...
Catatan sejarah merekodkan Orang Asli mempunyai kedudukan penting dalam unit politi keRAJAan Melayu sebelum kolonial menjarah Tanah Melayu. Peranan penting yang dimainkan dalam membekalkan sumber alam kepada orang Melayu untuk didagang menjadikan orang darat dan orang laut menjalin kerjasama yang istimewa bersama pembesar keRAJAan pada ketika itu. Pada suatu ketika juga, Orang Asli mempunyai kedudukan yang tinggi dalam struktur kep...
Siri #MenjadiMalaysia memasuki bahagian terakhir bersama Dr. Alinor dalam membincangkan kerajaan Champa, dengan perbincangan dimulakan pada topik mengapa kajian mengenai Champa mengundang risiko dari sudut politik antarabangsa. Hal ini dijelaskan oleh Dr. Alinor, akan sejarah gerakan pemberontakan dan kemerdekaan Champa dari negara Vietnam. Perkara ini telah mengundang kesukaran buat para pengkaji khususnya, apabila kajian-kajian m...
If you've ever wanted to know about champagne, satanism, the Stonewall Uprising, chaos theory, LSD, El Nino, true crime and Rosa Parks, then look no further. Josh and Chuck have you covered.
The latest news in 4 minutes updated every hour, every day.
Does hearing about a true crime case always leave you scouring the internet for the truth behind the story? Dive into your next mystery with Crime Junkie. Every Monday, join your host Ashley Flowers as she unravels all the details of infamous and underreported true crime cases with her best friend Brit Prawat. From cold cases to missing persons and heroes in our community who seek justice, Crime Junkie is your destination for theories and stories you won’t hear anywhere else. Whether you're a seasoned true crime enthusiast or new to the genre, you'll find yourself on the edge of your seat awaiting a new episode every Monday. If you can never get enough true crime... Congratulations, you’ve found your people. Follow to join a community of Crime Junkies! Crime Junkie is presented by audiochuck Media Company.
The Clay Travis and Buck Sexton Show. Clay Travis and Buck Sexton tackle the biggest stories in news, politics and current events with intelligence and humor. From the border crisis, to the madness of cancel culture and far-left missteps, Clay and Buck guide listeners through the latest headlines and hot topics with fun and entertaining conversations and opinions.
Current and classic episodes, featuring compelling true-crime mysteries, powerful documentaries and in-depth investigations. Follow now to get the latest episodes of Dateline NBC completely free, or subscribe to Dateline Premium for ad-free listening and exclusive bonus content: DatelinePremium.com